http://picasion.com/gl/2jwY/


widgets
http://picasion.com/gl/1Nts/

Kuasa Allah dgn tegasnya

بِسۡمِ ٱل ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Aku bersumph dengan hari kiamat; (1) Dan Aku ‎bersumpah dengan Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (2) Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulng-tulngnya (dn mnghidpknnya semula)? (3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami br kuasa mnyusun ‎ (dengan sempur nanya segala tulang) jrinya,( tulng yang lebih halus dari yang lain). (4) ( Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) snntiasa suka hndak mene ruskan ‎ perbuatan kufur dan mksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat ‎).‎ (5) Dia bertanya ( secara mengejek):‎ Bilakah datangnya hari kiamat itu? (6) Maka (jawabnya: Hari ‎ kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-‎ pendar ‎ (kerana gerun takut), (7) Dan bulan hilang cahayanya, (8) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (9) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat):‎ ‎ Ke manakah hendak melarikan diri? (10) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11) Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja ‎ terserahnya ketetapan segala perkara. (12) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. (13) Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14) Walaupun dia memberikan alasan-alasannya ( untuk membela diri). (15) Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz ‎ Quran yang diturunkan kepadamu meng gerakkan lidahmu membacanya ( sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengum pulkan Al-Quran itu (dlam dadamu) dan ‎ menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurna kan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusn mnjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19) Sedarlah wahai orang-‎ orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu ‎) bahkan kamu sentiasa ‎ mencintai ( Kesenangan dan kemewahan dunia ‎) yang cepat habisnya. (20) Dan kamu tidak mnghiraukn ( bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21) Pada hari akhirat itu, muka ( orang-orang yang beriman ) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya. (23) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (24) Sambil percaya dgan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (25) Sedarlah (jngnlah mengutama kan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendk mati) apbila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (26) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar ‎ jampi (dan mengu batnya)? (27) Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28) Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29) (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (30) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidk percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kbenarn (yng diwajibkn meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)! (31) Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar! (32) Kemudian dia pergi kpda keluarganya dengan berlagak sombong megah. (33) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlh dekat kepadamu kebinasa anmu, sudahlh dkat! (34) Kmudian api Nerakalah l ebih layak bagimu, lebih layak. ( 35) Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar ( dengan tidak diberikan tanggungjwab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (36) Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? (37) Kemudian air mani itu menjadi ‎ sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan mencipta kannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (38) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. (39) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-‎ orang yang mati/
(Tentulah berkuasa ‎) !(40)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Daftar Blog Saya

Banyak hal di Dunia yang takkan sanggup kita fikirkan sendiri, banyak tawa yang tak seru jika dinikmati seorang diri, banyak air mata yang terlalu pedih untuk dialirkan sendiri, untuk itulah kita membutuhkan saudara/teman, membagi setiap kebaikan, mengoreksi tiap kesalahan, Ya Rabb....... Jika sekarang saudara/riku/teman2ku yang sedang tersenyum? Semoga menjadi ibadah, jika bersedih? Semoga kesedihan nya bisa menghidupkan hati dan jiwa. Jika sedang lelah? Semoga kelelahan nya menjadi penggugur dosa dosa. Aamiin ya Allah.
gif

KLIK SITE BUKERAN